10 Ogos 2014 - 03:49
Pelarian Yazidi Iraq masuk ke Turki

Beratus-ratus pelarian suku kaum Yazidi melarikan diri ke Turki apabila pengganas ISIS menggempur kediaman mereka di Sinjar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikuta serangan militan ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria), beratus-ratus suku kaum Yazidi Iraq meninggalkan kediaman masing-masing di Sinjar dan memasuki daerah Silopi, wilayah Şırnak, Turki.

Hingga kini lebih dari 1000 orang kaum Yazidi telah menyeberangi pemeriksaan pasport di sempadan Turki sementara mereka yang tidak memiliki pasport terpaksa mendirikan khemah di sempadan kerana tidak diizinkan memasuki sempadan.

Sementara itu media Turki melaporkan ratusan kaum Yazidi telah dibunuh oleh militan ISIS.

Menteri Kebudayaan Turki , Omer Celik dalam laman sosialnya menulis, "Sebahagian dari kaum Yazidi Iraq melarikan diri dari serangan ISIS di wilayah mereka dan menduduki kem pelarian Silopi, Şırnakh.

Berasaskan laporan ini, pertempuran sengit antara Parti Demokrat Kurdistan Iraq, Kesatuan Patriotik Kurdistan, Pasukan Pembela Kurdis dan PKK dengan anggota pengganas ISIS masih berlanjutan.

Penganut agama Yazidi adalah golongan minoriti yang tinggal di kawasan Utara Iraq, Syria, Selatan Turki dan Kaukasus.

Golongan Yazidi bertutur dalam bahasa Kurdistan dan menganuti ajaran berbaur agama-agama sebelum Islam seperti Yahudi, Kristian, Nestorian dan Mazdayasna.